
Sulit
4 tahun
Pening kepala sakit dada bila tarik nafas
hello doktor umur saya 23 tahun…Saya selalu rasa pening kepala…kedang saya rasa sakit dada sebelah kiri dan kanan…Tarik nafas pun rasa mahu muntah…Dan tidaK selesa d bahagian dada…Rasa ngeri…Pening saya rasa dengan pandangan jadi kabur…Selalu sendawa.Bila sendawa kadang tidak dapat…Sesak nafas…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Keradangan tulang rusuk ( costochondritis )
- Anemia (kekurangan darah merah di dalam badan)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami apakah masalah yang dialami oleh anda berdasarkan gejala dan soalan sahaja kerana pemeriksaan penuh perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.