
Sulit
5 tahun
Pening kepala secara tiba2 dalam 1 saat
Salam dan hai doktor, maaf menganggu. Saya ingin bertanya apakah punca saya sering mengalami pening kepala secara tiba2 tetapi pening kepala saya hanya serang dalam 1 saat sahaja secara tiba2, kemudian saya langsung tidak berasa pening kepala setelah 1 saat berlalu. Pening ni saya hadap dari tahun lepas dan juga tahun ni. Saya berasa amat pelik kerana ia hanya menyerang sekejap sahaja kemudian terus hilang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala yang anda alami adalah sangat lazim. pada pendapat saya, anda tidak perlu terlalu risau. Akan tetapi, sekiranya anda mengalami gejala di bawah, and amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.