Sulit
3 tahun
Pening kepala selepas terhantuk pada sesuatu objek
saya remaja berusia 20 tahun. Baru baru ini kepala saya terhantuk agak kuat pada sesuatu. Sejak dari itu,kepala saya sakit dan selalu pening kepala serta berasa mual. Boleh doktor jelaskan mengapa itu boleh terjadi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala selepas terhantuk pada sesuatu objek. Gejala yang anda hadapi berkemungkinan besar diakibatkan oleh sejarah trauma / kecelakaan tersebut. Anda amat dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan. Hal ini kerana untuk mendapatkan penjelasan yang sempurna, pemeriksaan yang lebih teliti seperti pemeriksaan fizikal dan radiologi adalah diperlukan.
Namun, terdapat pelbagai faktor lain terjadinya pening kepala, antaranya ialah:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am mengenai masalah anda.Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.