
Sulit
4 tahun
Pening ketika pengambilan Acid Folic
Saya berumur 28 tahun dan bakal berkahwin sebulan lagi, ketika saya menjalani hiv test di KK, Doctor ada sarankan saya untuk mengambil acid folic (diberikan jenis ROYCE 5mg) dan setelah makan acid folic tu saya jadi pening, badan berasa panas…adakah saya tidak sesuai dengan jenis ubat tersebut dan perlu tertukar kepada acid folic jenis yang lain?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, asid folik merupakan suplemen yang diperlukan untuk diambil apabila ingin merancang kehamilan bagi mengelakkan masalah kesihatan kongenital pada janin. Walaupun secara amnya pesakit tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan yang teruk, namun terdapat beberapa individu yang mengalami gejala:
- Loya
- Perut berangin
- Kurang selera makan
- Masalah kesukaran untuk tidur
Untuk makluman pihak anda, masalah ini pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya anda mengalami gejala ini berterusan/menganggu aktiviti seharian anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .