
mazlaniskandarifb
5 tahun
Pening,mual, berpeluh dan tangan seolah olah bahang
Saya lelaki berumur 34 tahun, sejak semalam saya mengalami rasa pening,mual,berpeluh dan tangan terasa seperti bahang bermula dari siku ke pergelangan tangan… Kadang kadang sy terasa seperti jantung berdegup kencang…saya tidak demam,tidak batuk dan tiada selsema…adakah ini anxiety?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom-simptom keresahan adalah seperti berikut:
- bimbang sepanjang masa
- sukar tidur
- ketegangan otot
- masalah penghadaman yang kronik
- sesak nafas
- jantung berdebar
- sakit kepala
- tangan atau kaki terasa kebas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri untuk melakukan penialain psikiatri yang teliti sebelum memberi anda diagnosis. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.