
siadikl93
2 tahun
Pening secara tiba tiba
saya tiba tiba pening. Rasa nak jatuh . Dan dada sudah 4 hari sakit. Kalau tarik nafas tak rasa apa apa. Bila hembus baru lah terasa sakit. Saya juga ada check body temperature. Its about 36…4 darjah celcius… adakah itu semua tanda tanda saya adalah normal ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan darah rendah
- dehidrasi
- Sel darah merah yang rendah (Anaemia)
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- Masalah jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.