
Sulit
5 tahun
Penis enlargement supliment
hai doktor,saya ingin tahu apakah kesan penggunaan pill atau supliment pembesar zakar yang kini dijual dipasaran ,contoh spt. Vimax dan sebagainya.
Hal ini kerana ada antara kawan saya yang mengambil pill tersebut dan mereka kata benda tu selamat.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, Vimax adalah contoh suplemen kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hal ini bermaksud, produk ini tidak terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya. Vimax didapatkan mengandungi bahan aktif yang sekiranya digunakan tanpa arahan dan pengawasan doktor boleh mendedahkan anda kepada serangan jantung, pekak, buta, sawan dan sesak nafas. Justeru, adalah dinasihatkan untuk anda tidak sewenang-wenangnya membeli produk kesihatan tidak berdaftar dengan KKM.
Untuk mengetahui lanjut punca masalah yang anda hadapi dengan tepat sehingga memerlukan ubat ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bertanyakan tentang ubat-ubatan kepada ahli farmasi kami. Terima kasih.