
Sulit
4 tahun
Penjagaan pesakit tibi dirumah
Suami saya baru disahkan mempunyai penyakit tibi. Beliau masih dirawat di hospital.saya ingin bertanya…bagaimana penjagaan suami saya nanti bila dirumah…kerana saya mempunyai 3 orang anak yang berumur 5 hingga 2 tahun?. Bilakah saya dan anak-anak akan disaring ?
Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya suami anda diarahkan untuk menjalani isolasi di rumah, pastikan
Suami anda tinggal di rumah. Tidak dibenarkan keluar kecuali atas urusan kesihatan seperti temu janji doktor
Sentiasa ambil ubat dan amalkan diet yang seimbang
Pakai penutup hidung dan mulut sekiranya keluar untuk temu janji
Tutup mulut dengan tisu ketika bersin, batuk atau ketawa
Buka tingkap untuk pengudaran yang baik
Maklumkan kepada pihak perubatan (sepert doktor, jururawat, paramedic) tentang penyakit TB anda
Jangan benarkan sesiapa datang melawat terutamanya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunya imuniti badan yang lemah
Jangan guna penggangkutan awam
Jangan pergi ke tempat awam
Tempoh untuk dia menjalani isolasi bergantung pada keputusan doktor. Dan pihak hospital akan menghubungi anda sekeluarga untuk menjalani ujian saringan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.