
Sulit
5 tahun
Pennis keluar nanah warna kuning
Saya lelaki umur 28 tahun mengalami pennis bernanah 2 hari yang lalu…cara atasi nya bagaimana ya…??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair nanah yang keluar dari zakar anda serta gejala kencing kepedihan boleh disebabkan:
- Jangkitan klamidia/gonorrhoea/trikomonas
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan saluran air kencing dan sebagainya
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.