
Sulit
4 tahun
Penurunan berat badan 2-3kg dalam masa 6 minggu
Awal bulan 11, saya mengalami gastrik dan kembung dan telah mendapat rawatan ubatan, ujian darah dan air kencing dan juga scoping. Semuanya kelihatan ok. Dari awal bulan 11 hingga sekarang, saya mengalami penurunan berat badan sebanyak 2-3kg. Sehingga minggu lepas, saya menghadapi masalah kehilangan selera tetapi saya paksa makan hanya untuk waktu makan biasa (sarapan, makan tengahari dan makan malam). Saya juga kerap terjaga semasa tidur malam. Sebelum bulan 11, tabiat diet saya: 1. Minum jus oren peel fresh sebanyak 4 gelas setiap hari (kecuali hari minggu)
2. kerap mengunyah (munching)
3. Makan lewat malam
4. tidur lewat
Selepas bulan 11, tabiat saya:
- Tidak minum air manis kecuali segelas satu hari. Selebihnya, saya minum air kosong
- Hanya makan 2 keping roti antara setiap waktu makan
- Tidak makan lewat malam
- Tidur awal
Adakah penurunan berat badan saya dikategorikan sebagai normal? Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kehilangan lebih daripada 5% berat badan anda dalam jangka masa 6-12 bulan mungkin menandakan suatu masalah. Sebagai contoh, jika berat badan anda adalah 72kg, 5% daripada itu adalah 3.6kg.
Antara sebab-sebab yang boleh menyumbang kepada penurunan berat badan secara mendadak:
- Tuberkulosis
- Kanser; kebanyakan kanser akan menyebabkan penurunan berat badan dan hilang selera makan
- Masalah mekanikal seperti tidak dapat menelan makanan disebabkan oleh pelbagai faktor atau struktur esofagus yang tidak normal
- Masalah psikologi: kemurungan, anxiety atau keresahan
- Masalah pemakanan seperti bulimia dan anorexia nervosa
- Jangkitan atau radang usus
Berikut hanyalah pandangan kami mengapa anda boleh mengalami penurunan berat badan secara mendadak. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.