
Sulit
2 tahun
Penyakit angin pasang
Saya umur 18 , dulu masa darjah satu saya pernah buat operations buang angin pasang tapi dlm masa 3 ke 4 tahun ni saya perasan yg telur bahagian kiri saya lebih besar dri kanan jadi saya nk tau kena buat operations lagi sekali atau mmg mcm ni?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah buah zakar sedikit besar daripada sebelah bahagian boleh disebabkan:
- Anatomi normal - kebanyakkan lelaki mengalami buah zakar sebelah kiri yang sedikit besar
- Angin pasang (hernia) - ia juga boleh menjadi punca dan perlu disiasat untuk menentukan samada perlu pembedahan ataupun tidak
- Hidrosele - Lebihan cecair dalam buah zakar
- Varikosele - Saluran darah dalam buah zakar membesar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.