
Sulit
4 tahun
Penyakit Chlamydia Trachomatis
Saya wanita 24 tahun. saya dah buat test STI. saya reactive kepada Chlamydia Trachomatis. soalan saya, dimanakan saya perlu membuat rawatan susulan? apakah rawatan yang saya perlu buat?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Umumnya Chlamydia Trachomatis merupakan jangkitan kelamin yang memerlukan rawatan lanjut di klinik mahupun hospital yang berdekatan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Walaupun rawatan atau ubat memerlukan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan cuci alat kelamin dari depan kebelakang (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan)
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- berhenti mengamalkan vaginal douching (kerana ia menggangu persekitaran semula jadi di kawasan kelamin anda)
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah