
jospie31
5 tahun
Penyakit genorea boleh merebak semula?
Saya lelaki berusia 20 tahun, adakah saya akan terkena penyakit generoe semula jika membuat seks dengan pasangan saya yang tidak menghadapi genorea tanpa me gunakan kondom Dan berapa lama masa yang saya perlu kan untuk sembuh dan dapat melakukan seks semula? Dh berapa kah tempoh penyakit tersebut dikesan selepas melakukan seks

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Anda tidak perlu bimbang untuk bersama pasangan anda jika anda telah dirawat. Ini adalah kerana setelah anda menerima rawatan untuk penyakit kelamin, anda dan pasangan anda bebas daripada penyakit kelamin. Risiko jangkitan semula adalah rendah. Jika anda mempunyai lebih daripada satu pasangan seks, semua pasangan seks anda yang lain perlu dirawat.
Kebanyakan penyakit kelamin didiagnosa melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.