blasty37
6 tahun
Penyakit gerd dan simptom
Berdasarkan soalan sy sebelum ini berkenaan gerd. Adakah penyakit ini kategori serius dan perlu rawatan pakar.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan
- Jaga pemakanan ketika hamil
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.
Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih




































