
Sulit
5 tahun
Penyakit hiv atau aids
Adakah melakukan aktiviti blow job boleh terkena hiv? Saya masih ragu2. Sebab dia menghisap kemaluan sy tanpa mengenakan kondom. Pada kemaluan sy tiada luka. Risau dalam mulut dia ada luka. Tolong saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya pasangan anda melakuka seks oral pada anda, risiko jangkitan penyakit kelamin adalah rendah sekiranya tiada cecair ataupun luka pada anda mahupun pasangan anda. Namun begitu, jika anda tahu bahawan anda ataupun pasangan anda mempunyai penyakit kelamin, maka anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan bagi mengenalpasti jika anda ataupun pasangan anda menjangkitit satu sama lain. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.