
Anonymous
5 tahun
Penyakit kelamain siflis
siflis . saya dh 1 tahun lebih tak rawat and skrg saya tkv okay je .adakah saya masih dijangkiti

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, penyakit sifilis ada beberapa tahap. Seseorang akan mengalami tanda-tanda sifilis pada tahap pertama. Jika tidak dirawat pada peringkat awal, seseorang itu akan terus memendam penyakit sifilis tanpa sebarang tanda atau gejala. Ia akan berlarutan sehingga beberapa tahun.
Penyakit sifilis yang tidak dirawat akan berlanjut ke tahap-tahap berikutnya. Tahap keempat (terakhir) akan merebak ke seluruh badan dan akan melibatkan :
- Otak
- Jantung
- Saraf tunjang
- Tulang
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.