Sulit
4 tahun
Penyakit kelamin chlymidia
hello… dr,saya nak bertanya,sy suda menghabiskan ubat yg diberi,namun sy mc ragu2 adaka penyakit chlymidia saya sembuh,dan sy akn cek lg bln depan,adakah sy harus menggunggu ke bln depan atau sy brjumpa dengan DR lain bg cek balik penyakit saya,…sy hanya diberi 1 ubat iaitu doxycycline,wlwpun suda hbis,sya masih merasa keraguan sedikit dan adakah sy perlu menjalani ujian darah lg utk masa terdekat ini… tq doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Anda hanya perlu mengambil ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit jangkitan klamidia. Sekiranya sakit yang dialami berlaku secara berterusan dan semakin serius, kami nasihatkan anda untuk berjumpa doktor tersebut bagi rawatan susulan. Dapatkan nasihat yang sewajarnya daripada beliau.
Mengenai keraguan anda tentang ujian darah, anda boleh datang berjumpa dengan doktor tersebut untuk dapatkan kepastian. Beliau lebih mengetahui tentang maklumat kesihatan anda.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

































