Sulit
6 tahun
Penyakit Kelamin dalam senyap
Saya wanita yang baru sahaja berkahwin 5 bulan dan sedang hamil 2 bulan. Semasa kali pertama checkup KKIA, selepas membuat ujian darah, doktor mengesahkan yang saya atau suami menghidapi penyakit kelamin. Tetapi saya dah suami tidak ada simptom simptom penyakit kelamin. Bolehkah doktor memberi senarai penyakit kelamin yang muncul dalam senyap?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ramai orang percaya bahawa mereka akan tahu sekiranya mereka mendapat penyakit kelamin kerana menyangkan mereka akan melihat sebarang gejala penyakit kelamin. Malangnya, ia bukan begitu. Kekerapan penyakit kemlamin tanpa gejala adalah salah satu faktor yang menjadikan penyakit ini begitu banyak sekali.
Antara penyakit kelamin yang paling sering adalah:
- chlamydia
- syphillis
- HIV
- Gonorrea
- Herpes
- Trichomoniasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































