
Sulit
4 tahun
Penyakit Kelamin. - luka di liang roma
Salam and Hey Dr.
saya berumur 25 dan lelaki. saya mengalami luka pada bahagian liang roma pda kemaluan itu berada bawah batang badan. luka tersebut agak kecil dan pedih
serta membuatkan sy tidak selesa.luka tersebut kemungkinan akibat sy beronani dengan menggunakan fake pussy dengan terlalu kesar. saya ingin meminta pendapat dr. untuk menyembuhakan ok luka tersebut. thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hi, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan soalan anda. Saya fahami kebimbangan yang anda alami pada waktu sekarang iaitu tentang masalah luka di bahagian kemaluan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan besar luka di bahagian kemaluan anda adalah diakibatkan oleh aktiviti beronani. Namun begitu saya tidak menolak kemungkinan lain yang boleh menyebabkan luka berlaku seperti:
- Trauma selain onani
- Penyakit jangkitan kelamin
- Jangkitan parasit seperti scabies
- Alahan kepada produk kulit
- Eczema
Bagi menyembuhkan luka yang ada di kemaluan anda, saya perlu melihat melalui pemeriksaan klinikal terlebih dahulu. Oleh itu, saya tidak boleh mengesyorkan apa apa rawatan disini. Saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Saya juga amat menasihatkan anda untuk berhenti melakukan aktiviti onani kerana aktiviti sebegini boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti:
- Mati pucuk
- Ketagihan
- Merosakkan kesihatan mental
- Masalah seksual di masa akan datang
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi yang anda alami, anda juga boleh berhubung dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara atas talian. Terima kasih.