
Anonymous
6 tahun
Penyakit kelamin sifilis
saya lelaki berumur 18tahun . pada 2minggu yang lalu saya mendapati pada bahagian dubur saya mempunyai kutil kecil dan terasa sangat gatal , selepas seminggu bahagian kemaluan , tapak tangan dan lengan dan belakang serta kaki saya muncul ruam2 yang berwarna merah . saya telah membuat research di internet dan mendapati saya mempunyai simptom dijangkiti penyakit kelamin iaitu sifilis . tetapi saya malu untuk memberitahu kedua2 ibubapa saya dan berjumpa doktor . apakah penyakit ini mempunyai ubat tradisional ?

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Penyakit sifilis ialah sejenis penyakit jangkitan seksual atau Seksual transmitted disease (STD) yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum.
Terdapat beberapa tanda atau simptom sifilis, dan ia bergantung kepada peringkat sifilis iaitu;
- Primary – benjolan kecil yang tidak sakit boleh dilihat di kawasan kemaluan, dan bahagian punggung.
- Secondary –ruam merah yang tidak gatal, demam, kelenjar bengkak, sakit tekak, gugur rambut, sakit kepala, kehilangan berat badan, sakit otot, dan keletihan
- Latent – Peringkat di mana terdapat bakteria dalam sistem badan tetapi dalam kuantiti yang sikit dan tidak menimbulkan sebarang simptom. Tempoh peringkat ini boleh mencecah bertahun lamanya.
- Tertiary – peringkat ini ketika bakteria telah merosakkan organ badan dan tidak boleh diubat.
Antara organ terlibat ialah jantung, saluran darah, saraf dan otak. Ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Namun tidak ramai akan menghidap sifilis hingga ke peringkat ini.
Selain daripada menjauhkan diri dari aktiviti yang berisiko dan menggunakan kondom, sifilis boleh dirawat dengan ubat. Antaranya ialah suntikan antibiotik iaitu suntikan penicillin. Pasangan pesakit juga memerlukan ujian saringan walaupun tidak mengalami sebarang simptom. Aktiviti seksual perlu dihentikan buat sementara waktu sehingga kedua-dua pasangan sembuh dan bebas dari sifilis.
Anda boleh mendapatkan pengesahan lanjut dengan doktor kami di talian. Ubat juga boleh terus dihantar ke alamat atas persetujuan doktor dan pesakit. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.