
Anonymous
6 tahun
Penyakit kelamin (siplis)
sy dapati ada luka2 dan tompok2 merah di kawasan kemaluan sy. tompok2 tu lembap dan agak pedih bila terkena air. sy cuba google utk dptkan gambaran jelas, dan dapati simpton yg dihadapi sama spt siplis

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, luka pada bahagian kelamin boleh disebabkan oleh:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes dan sifilis
- Luka disebabkan digaru atau melepuh
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.