Anonymous
7 tahun
..penyakit kencing manis
Baru2 ini saya dijangkiti kuman akibat luka dan telah menjalani proses membuang jangkitan dikaki tersebut. Sekarang masih lagi menjalani proses cuci selepas pembedahan. Soalan saya, terdapatkah supplyment atau ubat yang dapat membantu memulihkan saraf-saraf dikaki. Terima kasih
7 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada berlakunya jangkitan di kaki dan ini adalah salah satu perkara biasa yang dilalui oleh masyarakat kita.Antara sebab sebabnya adalah :
Penyakit diabetes
Varicose Veins
Osteomyletis
Selepas Trauma
dan sebagainyaTerdapat beberapa suplemen yang boleh memulihkan saraf saraf dan memulihkan simptom simptom seperti sakit dan kekebasan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih




























