
Sulit
3 tahun
Penyakit kulat di kaki,celah peha n punggung
Hai…saya nak tanye doctor macam mana untuk mengatasi masalah kulat di kaki,celah peha n punggung…saya dah pergi klinik,makan ubat kulat n sapu krim…dh 3kali saya pergi dapatkan rawatan kt klinik…tapi still tak baik lagi…dh hampir 6 bulan saya kena penyakit nie…sakit nie mmg buat saya tak selesa sebab ada gatal² sekali…sekian

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Secara amnya, gatal yang biasanya disertai perubahan warna putih, hitam atau merah pada bahagian celah paha, boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya adalah:
- jangkitan kulat (baca: tinea crusis)
- gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- kurap atau ringworm
- alahan dari pakaian dalam dll.
- iritasi dari peluh dll.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan penjagaan kawasan kelamin yang sehat dan bersih (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- elakkan kawasan yang bergejala terlalu kering, basah atau terlalu lembab
- gunakan losyen untuk mengelakkan kulit terlalu kering
- lap badan menggunakan kain atau tuala yang bersih dan kering
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.