
Sulit
4 tahun
Penyakit kulat Pada Miss V
Sy Wanita berumur 31 Tahun ,dah 2 Tahun Alami Penyakit kulat kegatalan Pada Miss V Dan Pungggung, Agak Tak Selesa Sekali Dengan Keputihan Yang Teruk, Macam Mana untuk Sy merawatnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana keadaan ini mengganggu aktiviti harian anda dan anda mengalami masalah ini buat tempoh waktu yang sangat lama. Mengenai rawatan, ubat-ubatan atau rawatan yang khusus hanya dapat diberikan setelah pemeriksaan oleh doktor dilakukan dan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.