
aisyahzr99
5 tahun
Penyakit Kulit Eczema Atopic Parut Hitam
Saya perempuan berumur 20 tahun.Saya mengalami eczema di pelipat kaki dan tangan dan jadi hitam dia bahagian tersebut. Saya ada eczema dan kadang kulit bersisik dan bila faru akan jadi berair dan menggelupas bersisik sejak kecil lagi dan sekarang saya telah mendapatkan rawatan doktor untuk penyakit kulit eczema saya dan kulit saya sekarang semakin okay dengan pelempab eucerin dan oitment elosone dan kulit saya dah okay makin licin tapi masih ada lagi parut hitam. Dan saya nak tanya parut hitam boleh hilang tak di bahagian pelipat pelipat saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala-gejala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah kulit yang dikenali sebagai acanthosis nigricans
- kulit kering
- akibat jangkitan
- ekzema
- obesiti
- diabetes jenis 2
- masalah hormon - seperti sindrom Cushing, sindrom ovari polikistik atau tiroid
- kesan pengubatan tertentu
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.