Sulit
4 tahun
Penyakit kulit keratosis pilaris lebih 10 tahun
Selamat sejahtera doctor, saya mempunyai penyakit kulit keratosis pilaris ini sudah lebih 10 tahun,saya sudah pun pergi ke klinik kulit untuk mendapatkan rawatan tetapi mereka memberikan ubat sapu untuk saya dan membuatkan saya tidak selesa untuk memakainya kerana ia nampak seakan berpeluh, dan melekat pada baju, saya juga telah menggunakan banyak produk sabun tetapi kulit saya masih sama dan sedikit kering.Jadi saya ingin bertanya apakah solusi bagi saya untuk hilangkan penyakit kulit ini, sekian penerangan daripada saya, terima kasih doctor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda ingin mengetahui solusi terbaik bagi penyakit kulit yang anda hadapi. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, punca masalah perlu diketahui terlebih dahulu bagi mendapatkan solusi yang tepat. Lazimnya, terdapat beberapa punca penyakit kulit kering tetap berulang, antaranya:
- Cuaca dan persekitaran.
- Penggunaan detergen ataupun sabun keras.
- Perbuatan menggosok kulit
Namun, ia juga boleh berpunca daripada beberapa isu kesihatan yang perlu pemerhatian doktor dengan segera, seperti:
- Keradangan kulit
- Ketidaksesuaian dengan ubat yang diberikan -perlu alternatif ubat-ubatan lain
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.


































