
Sulit
4 tahun
Penyakit kulit, tompok hitam merebak pada lengan
Saya lelaki berumur 20 tahun. Sebelum tahun 2019, lengan pada kiri saya tiada apa2 tompok hitam atau sebagainya. Namun bila saya menjangkau usia 19 tahun, ada tompok hitam merebak dengan banyak sekali di kawasan suntikan BCG pada lengan kiri. Bentuk tompokan itu assymetrical dan ada bahagian yang pekat warna nya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai sebab kepada masalah tompok hitam yang anda hadapi:
- parut luka yang berbekas
- vitiligo jenis hyperpigmented
- tahi lalat
- kanser kulit
Hasil daripada luka pada kulit akan menyebabkan kesan seperti tompok hitam. Apabila kulit cedera, keradangan akan menyebabkan bertambahnya penghasilan hormon yang memberikan warna hitam kepada kulit iaitu melanin. Oleh sebab itu, parut akan kelihatan gelap atau hitam.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.