
Sulit
4 tahun
Penyakit merayang rayang atau badan tidak setabil
AYAH SAYA KENA PENYAKIT NI SUDAH HAMPIR 8 TAHUN.SEMUA DAH BUAT.SCAN KEPALA,MRI,CEK DARAH,CEK JANTUNG,CEK KENCING MANIS,JUMPA PAKAR,URUTAN DAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN MAKAN UBAT YANG DOKTOR SARANKAN SEMUA DAH BUAT.TAPI SAMPAI SEKARANG MASIH BELUM SEMBUH LAGI.JADI APA LAGI YANG SAYA PERLU BUAT LAGI UNTUK AYAH SAYA DOKTOR?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang bapa anda hadapi iaitu merasa badan melayang dan tidak stabil atau vertigo. Akan tetapi, maklumat yang anda berikan masih tidak mencukupi bagi kami memahami masalah sebenar yang bapa anda hadapi. Bagaimanapun, untuk makluman anda, vertigo dapat disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- BBPV (Benign Proxysmal Positional Vertigo)
- Penyakit Meniere’s: kerosakan pada organ dalam telinga akibat terkumpulnya cecair, mengakibatkan tekanan tinggi dalam telinga
- Labyrinthitis: bengkak pada kawasan sekitar saraf yang membantu imbangan badan dalam telling akibat jangkitan
- Vertigo juga boleh disebabkan kecederaan pada leher, barah otak, strok, atau kesan ubatan yang merosakkan struktur telinga
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui tentang rawatan, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor secara langsung melalui konsultasi khusus. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih