Sulit
3 tahun
Penyakit peyronie dialami sejak umur 17 tahun
Saya mengalami penyakit zakar melengkung. Apakah rawatan awal yang perlu. Penyakit dialami sejak umur 17 tahun (2007) hingga sekarang.Kini setelah berkahwin ianya menggangu hubungan seks saya. Di area Klang Selangor dimanakah klinik kesihatan untuk masalah lelaki seperti ini. Boleh kah jika saya menggunakan penis extender? Harap doctor on call dapat membantu. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang penyakit peyronie.
Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh dirujuk kepada pakar Urologi bagi membantu menyelesaikannya. Anda boleh berhubung dengan kami untuk bercakap dengan pakar Urologi kami yang berada di sekitar Lembah Klang. Klik di (sini).
Bagi rawatan untuk penyakit peyronie, saya tidak menggalakkan anda untuk menggunakan penis extender kerana kemungkinan berlaku komplikasi lain yang lebih teruk. Rawatan untuk masalah ini biasanya terbahagi kepada:
- Ubat-ubatan
- Rawatan bukan pembedahan
- Rawatan pembedahan
Sila bercakap dengan pakar untuk memilih rawatan yang sesuai untuk anda. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.