
Sulit
3 tahun
Penyakit Radang Paru-Paru
Saya berumur 37 tahun. Pada bulan lepas saya telah disahkan positif covid-19 tapi telah sembuh dan sihat seperti biasa. Selepas sembuh saya rasa seperti macam ada rasa lain pada bahagian dada saya. Saya boleh bernafas seperti biasa tetapi kadang kala saya rasa seperti macam sakit dada dan perlu tarik nafas panjang dan seperti nafas saya tak sampai ke dada. Dimana saya boleh buat pemeriksaan.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, jangkitan Covid-19 boleh meninggalkan kesan terhadap kesihatan untuk jangka masa yang panjang, terutamanya jika anda mengalami keradangan paru-paru semasa dijangkiti virus ini. Anda boleh mendapatkan pemeriksaan di mana-mana klinik/hospital berdekatan dengan anda untuk memastikan kesihatan paru-paru anda berada dalam tahap baik.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.