ayahlim62
4 tahun
Penyakit sedu dan gastrik
Sy 57 tahun,dah hampir 10 hari sy selalu je bersedu dsn ini amat tak selesa hingga tak selera mkn…bagaimana cara hentikan sedu ni dan apakah ubat yg paling sesuai .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sedu berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asid refluks
- Kesan merokok
- Makan terlalu cepat atau banyak
- Kerosakan saraf vagus atau frenik
- Tumor, kista atau goiter di leher anda
- Sakit tenggorok atau laringitis
- Gangguan sistem saraf
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.