
Sulit
5 tahun
Penyakit sifilis … Sy derma darah, tp Doctor syaki Sy dpt sifilis selepas satu minggu
Adakah rawatan utk penyakit sifilis?
Bahaya kah?
Dpt sembuh sendiri?
Apakah rawatan yg Saya perlu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penyakit sifilis adalah berbahaya jika tidak dirawat segera. Ianya boleh dirawat melalui ubat suntikan atau ubat telan dan pengambilan ubat ini perlu dihabiskan bagi memastikan kuman sifilis ini tidak hidup. Selain itu, anda juga dinasihatkan tidak menderma darah jika melakukan hubungan seksual rambang kerana anda boleh menyebabkan penerima darah menerima akibatnya. Anda juga perlu mengikuti temu janji klinik bagi memastikan kuman sifilis betul-betul dihapuskan meskipun menerima ubat. Sekian.