
achikatengku
5 tahun
Penyakit siflis dan stroke
Bapa kami berusia 70 tahun ketika jatuh stroke baru-baru ini sehinggakan dia kadang-kala nyanyuk dan disahkan menghidapi sifilis. Kami juga ada perasan kulit pada kemaluannya seperti luka kemerahan.
Soalan saya:
Apakah tahap sifilis bapa saya?
Adakah penyakit sifilis ini sama seperti Aids dan adakah cara merawatnya sehingga sembuh?
Bagaimanakah cara penjagaannya? Berjangkitkah ia?
Adakah kami semua, isteri dan anak-anak perempuannya perlu melakukan pap smear?
Harap doktor dapat jawab soalan kami kerana kami terdesak dan buntu. Kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda:
Tahap sifilis ada 3. Tahap pertama ialah luka atau ulser pada kemaluan dan ini pada dasarnya timbul selepas hubungan seks dengan pasangan yang mempunyai sifilis juga. Tahap kedua adalah timbul ruam berbentuk duit syiling pada tangan dan tapak kaki. Tahap ketiga adalah dimana ia akan menyebabkan masalah pada jantung dan otak seperti nyanyuk. Tahap sifilis ayah anda tidak diketahui kerana maklumat tambahan dan pemeriksaan adalah diperlukan.
Sifilis ialah sejenis penyakit kelamin yang boleh dirawat dengan penggunaan ubat antibiotik suntikan. Namun ubat ini perlu diambil awal selepas dikesan
Ianya boleh berjangkit dari hubungan seksual atau dari ibu ke anak semasa dalam kandungan.
Anda dan adik beradik boleh melakukan ujian darah untuk menguji status sifilis dalam kalangan anda dan pap smear adalah tidak diperlukan untuk kes ini.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan sulit, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.