
Sulit
3 tahun
Peranakan jatuh (maybe)
Saya baru 19, saya rasa mcm peranakan jatuh simptom kerap kencing dan rasa ada benjolan di vagina,apa saya perlu buat,saya takut nak jumpa doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada faraj yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Jangkitan genital herpes
- Kista (cyst) pada kemaluan seperti “Bartholin/Sebaceous cyst”
- Penyakit kulit sepert ekzema atau alahan dermatitis
- Penyakit seperti lichen sclerosus/planus
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.