
knisa9282
2 tahun
Peranakan Kecil Adakah memberi kesan kepada Kehamilan atau Haid?
Nama saya nisa berusia 22 tahun belum berkahwin. hari isnin hari tu saya ada berurut di bahagian ari-ari dan tukang urut kata kepada saya yang peranakan saya kecil.
Apa maksud peranakan kecil ? Adakah sukar untuk hamil atau dia akan menjejaskan period pada setiap bulan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, peranakan kecil bukanlah satu istilah perubatan yang sah. Hal ini kerana belum jelas apakah yang dimaksudkan oleh tukang urut tersebut. Sebaiknya anda bertanyakan kepada tukang urut apakah yang dimaksudkan dengan peranakan kecil. Tambahan pula, rahim seorang wanita yang normal adalah memang kecil. Rahim akan membesar seiring dengan pembesaran ukuran janin dalam kandungan nanti.
Untuk info dan persoalan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.