
Sulit
4 tahun
Perancangan untuk mengandung
salam sejahtera , saya & suami telah bersetubuh untuk merancang hamil, dan pada hari tersebut air mani suami saya sgt bnyak . kemudian air mani berkumpul di dalam faraj saya . keesokan hari pagi sy bangun berfiri air mani masih kluar dri faraj saya … soalannya dr , adakah saya masih berpeluang untuk hamil sedang kan saya merasa kan air mani tersebut hanya berkumpul di lubang faraj sahaja ? apakah sperma boleh bergerak jika hanya air mni terkumpul di lubang faraj ?
terima ksih dr .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera.Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sekiranya anda telah bersama dengan pasangan dan melakukan hubungan seksual, anda mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk hamil. Tetapi kehamilan ini bergantung kepada kesuburan anda. Bagi mengesahkan status kehamilan seseorang wanita, anda perlu melalui beberapa ujian ringkas seperti ujian UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Terdapat beberapa tanda awal kehamilan yang sering kali dialami oleh wanita yang mengandung antaranya ialah:
- Tidak datng haid
- Payudara bengkak dan sakit
- Loya dan/ataupun muntah
- Kerap kencing
- Kelesuan
- Pendarahan kecil (“spotting”)
- Sembelit
- Perubahan mood
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih