
Sulit
4 tahun
Peratusan untuk tidak hamil
Saya dan bf saya baru sahaja lepas melakukan sex dan dia telah pancut luar tetapi dia basuh zakarnya dan lap sehingga kering, sehingga kami buka dpn kepala zakar dia untuk lap dan memastikan tiada sebarang air mani. Kami melakukan blk sex seperti biasa.Jadi saya buntu adakah peratus saya akn mengandung tu tinggi? Ataupon takkn mengandung? Sbb saya baru shj lps hbs haid. Jadi saya bimbang. Bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Bagi mencegah kehamilan, perlindungan seks adalah faktor yang penting. Anda juga disarankan untuk memakai perlindungan atau memastikan pasangan anda memakai kondom untuk mencegah kehamilan sekaligus mengelakkan jangkitan seksual seperti HIV/AIDS daripada berlaku.
Namun, sekiranya anda mengalami kelewatan haid selama 7-14 hari daripada hari yang sepatutnya anda haid, anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan (UPT).
Risau hamil? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih