
Sulit
5 tahun
Perawatan sifilis secara total
Saya lelaki berusia 33 tahun, telah didiagnos sifilis pada mac 2019…saya sudah menjalani rawatan lengkap di hospital kerajaan… Untuk pngetahuan para doktor, harini saya mnjalani f/up yang 6 bln pertama… Dan result static 1:2…6 bln kdua pda mac 2020.adakah saya masih boleh request untuk suntikan penicilin? Untuk itu juga saya telah berhenti mnjalani sex sejak didiagnos… Ada tak ubat yang boleh dikonsume bagi pghapusan scr total dlm tubuh saya…?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cara membasmi penyakit sifilis adalah dengan pengambilan suntikan ubat antibiotik penicillin. Pada temujanji anda yang kedua pada Mac 2020, anda boleh meminta agar ujian dilakukan untuk mengenalpasti sekiranya anda masih membawa bakteri sifilis ataupun tidak, Pemberian ubat penicillin hanya akan diberikan jika anda masih mempunyai simptom dan ujian menunjukkan bakteria sifilis yang masih aktif. Ianya akan secara menyeluruh dihapuskan jika anda mengikuti regimen ubat yang diberikan oleh pihka klinik/hospital.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.