Sulit
2 tahun
Perbezaan Pil Visanne 2mg & Pil Yasmin
Salam sejahtera doktor. Saya seorang wanita yang berusia 29 tahun dan sudah berkahwin. Saya ada sejarah pembedahan pembuangan ketulan cyst(blood cyst) pada tahun 2020 yang lalu. Selepas pembedahan tersebut, doktor suggest untuk ambil ubat Visanne 2mg untuk saya makan selama beberapa bulan.
Soalan saya di sini, adakah pil perancang Yasmin sama fungsinya dengan Visanne 2mg? Bolehkah saya gantikan pil Visanne 2mg dengan pil yasmin?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda
Untuk makluman anda, Yasmin dan visanne adalah dua jenis pil hormon yang berbeza.
Yasmin - adalah pil perancang “pil gabungan” Ethinylestradiol / Drospirenone yang membantu untuk mencegah kehamilan.
Visanne - adalah pil Dienogest yang digunakan terutamanya sebagai rawatan Endometriosis. Visanne BUKAN kontraseptif.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.