kamarudinzaifah
6 tahun
Pergerakan didalam rahim
Sy wanita 20an pernah skali mengalami pendarahan sperti period tp cuma satu hari saja…sy cuba check pregnant test pertame dan naik 2line tp xbrape jelas…jd lepas Sy check lg utk kali ke dua…dan result negetive…slepas 2mggu sy terasa seperti ad pegerakan didlm rahim sy…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, langkah yang paling sesuai untuk diambil adalah merujuk ke klinik untuk mendapatkan pengesahan kehamilan. Anda mungkin akan melalui ujian UPT sekali lagi atau boleh melalui ujian ultrasound sekiranya perlu.
Terdapat beberapa penyebab ujian UPT yang negatif walaupun seseorang mengandung, antaranya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sila rujuk kepada doktor dengan segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





























