Sulit
2 tahun
Perioad berwarna coklat
Saya berumur 26tahun sudah berkahwin 4tahun…saya mengalami masalah period yang sedikit dan berwarna coklat terdapat juga sedikit darah…sudah 13hari masih belum berhenti sedangkan saya telah pun habis period normal saya pada 11mei lalu,dan ia kembali dengan yg sedikit pada 27mei hingga ke hari ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan pendarahan berwarna coklat yang berpanjagan selepas haid.
Untuk pengetahuan anda, gejala keluar cecair warna coklat atau kehitaman, boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.