
Sulit
5 tahun
Period 1 hari dan ati2 sakit sebeleah kiri
saya mengalami keguguran pada 8.9.19 usia kandungan 22minggu, selepas bersalin, saya mkn ubat utk berhenti susu,… period saya selepas keguguran 30.11…selama 4 hari
25.12, 20.1…20.2 saya period 1hari, 17.3 1hari… everyday have sexual contact… today 2.4… ada terasa sakit kt bhgn ari2 sebelah kiri… kenapa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di bahagian ari-ari boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit keradangan pelvik
- Appendisitis kronik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.