
Sulit
3 tahun
Period 21 hari lewat, upt negative,scan tiada cyst atau fibrod
Saya wanita 33 tahun, pada 17/10/2021 saya telah pn berjumpa doktor kerana masalah saya period tidak datang 19hari. Sebelom itu Ujian upt telah dibuat di rumah,setelah lewat 14hari dan hasil negative.
Semasa berjumpa doktor, scan telah dibuat dan doktor beritahu tiada tanda- tanda cyst atau fibrod. Dinding rahim juga tidak tebal. Tetapi scan pada rahim di sebelah kiri doktor beritahu tidak jelas. Doktor beri 2 pilihan sama ada ambil pil turun darah period atau tunggu 2 minggu untuk lakukan ujian upt sekali lagi kerana berkemungkinan positive. Saya memilih untuk tunggu dahulu. Pertanyaan saya sekarang ada tak kemungkinan saya boleh hamil? Di tambah ada rasa krem sikit dibahagian kiri rahim saya. Apakah saranan yang terbaik bagi masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid lewat dan anda telahpun merujuk kepada doktor yang memberikan anda 2 pilihan, sama sada mengambil pil turun darah ataupun tunggu 2 minggu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, selain kehamilan, punca haid yang lewat adalah :
- Stres
- Maslaah tiroid
- Penggunaan ubat perancang
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- PCOS
- Fiborid atau polip rahim
Memandangkan anda telah menjalankan scan dan anda tiada masalah sista ovari dan fibroid, ada kemungkinan untuk anda hamil. Ini boleh berlaku kerana ujian UPT boleh menunjukkan keputusan yang tidak tepat jika diambil terlalu awal dalam kehamilan. Namun, jawapan kami ini adalah secara umum kerana kami memerlukan maklumat tambahan untuk memberikan anda nasihat yang tepat. Oleh itu, saranan kami untuk anda adalah untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih tepat mengenai masalah anda. Anda boleh berbuat demikian melalui khidmat konsultasi atas talian kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan