
Sulit
5 tahun
Period berlarutan sehingga sebulan
Hi doktor , saya dah mengalami period non stop sehingga hampir sebulan. Lagi peliknya period saya sekejap sikit kemudian banyak contohnya pada malam tersebut darah saya dah berkurang kemudian keesokannya dsaya bangun darah tu kembali banyak kemudian selepas 2 hari ianya berkurang semula dan pada keesokannya semula ia banyak balik dan berlanjutan sehingga sebulan dan saya dah mengambil ubat naproxen dan tranexamic acid tetapi darah saya tidak berhenti henti selama sebulan ini. Apa yang perlu saya buat dan perut saya berasa sakit di bahagian bawah kiri dan kanan. Apakah hang perlu saya lakukan doktor untuk hentikan pendarahan yang berpanjangan ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid berpanjangan adalah apabila haid berlangsung selama lebih daripada 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.