sabrina
6 tahun
Period Berpanjangan / Anemia
Saya wanita berusia 28tahun. Mempunyai seorang cahaya mata. Saya mempunyai masalah period tidak teratur setelah mengambil suntikan pencegah kehamilan tahun lalu. Saya mula mengambil suntikan ketika bayi berusia 3bulan. Saya mengambil suntikan sebanyak tiga kali kemudian berhenti kerana masalah period yang tidak teratur dan berpanjangan. Tempoh period saya 15 - 21 hari. Dan selang 2 - 3 minggu akan period semula. Pernah berjumpa dengan doktor tentang masalah saya. Doktor memberitahu yang saya mengalami anemia. Apa yang saya perlu lakukan untuk merawat masalah saya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa faktor kepada haid yang tidak teratur antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Menggunakan kaedah perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk masalah anemia, selalunya doktor akan memberi pil zat besi (iron tablet) bagi mengatasi masalah ini. Namun, ia bergantung kepada keseriusan masalah tersebut.
Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dan berbincang lanjut mengenai permasalahan anda. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































