
Anonymous
6 tahun
Period berpanjangan dan berketul
Saya wanita berumur 39 tahun, tidak pernah mengandung dan bersalin telah kahwin selama 14 tahun. Baru2 ini haid saya tidak teratur. Bulan Okt 18 haid dtg pada 24/10 sehingga 5 hari dan bersih. Sehingga dua bulan lebih tidak dtg haid, ingat mengandung test tidak mengandung. Pada 24/2 period dtg hari pertama macam biasa dan 3-5 hari tidak heavy, sikit shj. Harinke sepuluh heavy dan berketul, sehingga lah… 14/3. Berhenti selama seminggu dan haid semula pada 28/3 hingga hari nie… Masih belum kering. Sekarang masih heavy lagi dan berketul. Mohon bantuan dan penjelasan.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur dan haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Berat badan berlebihan
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.