
Sulit
4 tahun
Period berpanjangan selepas suntikan perancang
Salam sejahtera, sy ada ambil perancang depo utk kali pertama. Kesan yg sy dapat ialah masalah period berpanjangan sehingga lebih 2 minggu dan sampai hari ini masih belum berhenti lagi. Saya juga mengalami senggugut walhal sebelum ni saya tak ada masalah senggugut pun.Saya telah berjumpa Dr di klinik dan Dr memberikan sy ubat hentikan haid,betulkn haid dan ubat tambah darah.Tapi lepas sy habiskan ubat tu,period sy masih belum berhenti lagi.Keadaan ini menyukarkan sy utk beribadah sebagai seorang muslim. Apakah yg perlu sy lakukan Dr?..perlu ke sy ambil ubat hentikan darah sekali lagi dan tidak meneruskn suntikan perancang?..sy bersalin caesar 3 bulan lepas, kalau sy hanya menggunakan kaedah perancang tanpa hormon seperti menggunakan kondom,apakah risiko yg saya akan hadapi?..
terima kasih kerana menjawab soalan sy.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid yang berpanjangan sehingga hari ini dan disampingi oleh sakit senggugut. Untuk makluman anda, pendarahan berlebihan atau kedatangan haid yang lewat merupakan salah satu kesan sampingan suntikan perancangan Depo Provera bagi pengguna kali pertama. Selalunya, pendarahan tersebut akan berhenti sendiri selepas beberapa bulan dalam penggunaan suntikan tersebut, dalam tempoh 6-12 bulan. Namun, gejala haid tidak berpanjangan yang berlaku lebih dari 2 minggu berterusan boleh menandakan sebab-sebab atau penyakit yang lain. Sila berjumpa dengan doktor anda sekali lagi.
Menurut dari situasi anda, pendarahan yang tidak terkawal yang anda alami mungkin boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan lain seperti:
- Pembukaan parut atau luka pembedahan Caesarian section yang boleh dipengaruhi oleh suntikan depo.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim
- Masalah penyakit darah dalaman yang diperolehi secara turun temurun
- Masalah tiroid
- Masalah fungsi ovari.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kemungkinan haid bepanjangan yang anda alami adalah hanyalah pendarahan spotting, dan ini lebih menyokong fakta mengenai kesan sampingan suntikan Depo tersebut sebagai punca utama. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai penggunaan suntikan perancangan ini, ataupun menukarkan ke kaedah kontraseptif yang lain seperti pil perancang harian atau kondom. Kondom adalah selamat digunakan sebagai perancangan keluarga, malah ia juga selamat untuk menghindari penyakit STD (Sexual transmitted disease).
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.