
Sulit
5 tahun
Period bulan ni lambat
Hai doktor. Saya nak tanya. Kitaran haid saya 28 hri dan period saya normal. Saya bersama suami ketika haid hari ke-4 bulan lepas. Suami memakai kondom dan saya juga makan pil postinor slps bersama. Tetapi haid saya tidak datang pada bulan ni dan harini sudah hari ke 30 saya. Adakah saya mengandung ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan haid lewat selain kehamilan, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Buat makluman anda, seks ketika haid adalah tidak disarankan kerana boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kelamin.
Bagi memastikan status kehamilan anda, anda boleh lakukan ujian kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.