
Sulit
5 tahun
Period dah lewat 2 bulan tapi upt still -ve
Hi, saya berumur 25tahun. Selepas kahwin period saya pd 28/4 then bulan Mei period tak dtg cek upt -ve then next month saya period on 22nd of June. But I still ok saya assume itu hormon after kahwin. selepas itu jadi semula July tak datang juga dan this month Ogos pun still sama cek upt -ve ? lately ni pinggang saya sakit dan saya demam tak pns sgt dua hri je dan tekak saya rasa tawar. saya harap sangat Doktor bole bantu saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan emosi atau stress
• Hamil
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan yang berlebihan atau kurang
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Jika anda mengandung, ujian kehamilan biasanya boleh mengesan hormon mengandung dalam air kencing anda kira-kira 10 hari selepas haid tidak datang pada tarikh yang sewaktunya (6 minggu mengandung).
Namun begitu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.