
shilazamri2906
6 tahun
Period dalam jangkamasa lama tapi sedikit
Sy wanita berusia 27 tahun.sy mempunyai masalah period dalam jangkamasa lama tapi dalam kuantiti yang sedikit .dalam masa yang sama sy baru sahaja lepas haid mengikut masa yg betul setiap bulan kerana sy mengambil pil perancang.ini pertama kali berlaku pada diri saya.namun darah tetap keluar walaupun sy ambil pil perancang.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!